Title



Semoga beroleh sesuatu dari Blog ini ...insyaAllah

Tuesday 23 October 2012

DASAR PENAFIAN

Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari blog ini.Tegasnya, maklumat dan artikel dalam blog ini adalah hasil peribadi penulis dan ia bukanlah mewakili mana-mana organisasi.

LEMBARAN KERJA



SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG DURIAN,06750 PENDANG
                     
NAMA:…………………………………………………..
KELAS:………………………………………………….

Tuliskan nombor cara menyucikan najis mukhafafah dengan urutan yang betul.

              
                 Lap hingga kering.

   Lapkan najis dengan kain kering.

   Renjiskan air mutlak keatasnya.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



  Mata pelajaran :Pendidikan Islam

  Tarikh : 21 Oktober 2012

  Hari     : Ahad

  Masa   : 9.15-9.45 pagi ( 30 minit )

  Tahun  : 4 Gemilang

  Tajuk   : Bersuci daripada najis( najis mukhaffafah ).

  Objektif: Di akhir pengajaran, murid dapat:
1.    Menyatakan pengertian najis mengikut bahasa dan syarak.
2.    Menyatakan maksud najis mukhaffafah.
3.    Menerangkan cara mencuci najis mukhaffafah.
4.    Menjelaskan faedah mencuci najis.

  Kaedah Mengajar       : Kontraktivisme dan Pembelajaran Masteri.

  Alat Bantu Mengajar   : Ms Power Point, air teh(najis), air mutlak, kain.

  Kemahiran/Nilai          : Kerjasama dan menjaga kebersihan

  KBKK              : Menaakul . menjana idea dan menyenaraikan

  Kaedah            : Demontrasi

  Pengetahuan Sedia Ada         : Murid pernah membersihkan kasut sekolah mereka.

Langkah/Masa/Isi kandungan.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
ABM/KBKK/Nilai
Aktiviti guru
Aktiviti murid

Set induksi
(5 minit)

Pengenalan tentang najis.
*Benda-benda kotor.

1.Guru memberi salam kepada murid dan membaca doa.

2.Guru menayangkan slaid gambar benda-benda kotor
1)Muntah
2)Bangkai
3)Darah
4)Arak
5)Tahi lembu

3.Guru menyoal murid.
1.Apakah gambar yang ditayangkan?
Jawapan: Muntah,bangkai,darah ,arak dan tahi lembu.

2. Apakah jenis gambar-gambar tersebut?
Jawapan: Benda-benda kotor.

Guru mengaitkan dengan isi pelajaran





1.Murid menjawab salam dan membaca doa.

2.Murid melihat slaid yang ditayangkan.

3.Empat  orang murid menyenaraikan benda di dalam slaid.

4. Mendengar soalan daripada guru.

5. Dua orang murid menjawab soalan guru.

ABM: Slaid Power Point.

KKBKK: Menjana idea

Nilai: menjaga kebersihan.
Langkah 1
(5 minit)

Pengertian najis dari segi bahasa dan syarak.

Maksud najis mukhaffafah.
1.Guru menerangkan pengertian najis dari bahasa.
*Najis segi bahasa ialah benda-benda yang kotor.

2.Guru menerangkan najis segi syarak ialah benda-benda kotor yang menyebabkan sembahyang tidak sah.

3 Guru menerangkan maksud najis mukhaffafah ialah najis kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun ke bawah yang hanya minum susu ibunya sahaja.
1.Murid mendengar penerangan daripada guru.

2. Murid membaca pengertian najis dari segi bahasa dan syarak  serta maksud najis mukhaffafah. secara kelas

3.Murid berbincang bersama guru.
ABM: Slaid Power Point.

KBKK:Menaakul

Nilai:berkongsi pendapat.













Langkah 2
(5 minit)

Cara-cara mencucikan najis mukhaffafah.


1.Guru menayangkan slaid cara mencucikan najis mukhaffafah.

2.Guru menerangkan cara mencuci najis mukhaffafah dengan betul.
3. Guru membuat demontasi cara menyucikan najis mukhaffah                                                         
1. Murid  melihat slaid cara mencucikan najis

2.Murid mendengar penerangan daripada guru.
3.Murid melihat guru membuat demontrasi mencucikan najis mukhaffafah dengan urutan yang betul.
ABM: Slaid power point.

KBKK: Menyenaraikan cara mencucikan najis.                 
Langkah 3
(5 minit)
Amali Cara mencuci najis mukhaffafah.


1.Guru membahagikan kepada empat kumpulan.

2. Guru meminta murid melakukan cara menyucikan najis mukhaffafah dengan urutan yang betul.

3. Guru membimbing murid melakukan cara mencuci  najis mukhaffafah secara tertib dalam kumpulan   
1.Murid dibahagikan kepada empat kumpulan

2.Murid  melakukan cara menyucikan najis mukhaffafah dengan urutan yang betul.

3.Murid melakukan cara mencucikan najis mukhaffafah secara tertib dalam kumpulan.
ABM: Air mutlak, air teh(najis), kain.

KBKK: Menyenaraikan cara bersuci.

Nilai:Kerjasama.berkongsi pendapat.
Langkah 4
(7 minit)

Penilaian dan pengukuhan.

1.Guru mengedarkan lembaran kerja.

Isi soalan:
Menulis nombor dengan betul cara menyucikan najis mukhafafah.
1.Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja yang diberi oleh guru.
ABM: Lembaran kerja

KBKK:Menyusun nombor cara menyucikan najis mukhaffafah dengan urutan yang betul.

Nilai: Menjaga kebersihan.
Langkah 5
(3 minit)

Rumusan
1.Guru meminta murid membuat rumusan.
2.Guru merumuskan pengajaran pada hari itu menggunakan slaid power point.
1.Seorang murid membuat rumusan.

2.Murid mendengar rumusan daripada guru.
ABM: Slaid Power Point,

KBKK: Menjana idea

Nilai: Menjaga kebersihan.