Title



Semoga beroleh sesuatu dari Blog ini ...insyaAllah

Sunday 25 November 2012

Nasihat


10 NASIHAT IMAM HASAN ALBANNA
Baca-Renungkan-Amalkan


1.      Dirikanlah solat saat engkau setiapkali mendengar azan, dalam keadaan apapun.
2.      Bacalah al-Quran, mentelaah isinya, dengarkan, dan berzikirlah kepada Allah. Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.
3.      Bersungguh-sungguhlah untuk berbicara bahasa Arab fusha'. Kerana itu termasuk syiar Islam.
4.      Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana bersikap hipokrit tidak akan pernah mendatangkan kebaikan.
5.      Jangan banyak tertawa, kerana hati yang maushul kepada Allah adalah hati yang tenang dan stabil.
6.      Jangan bercanda, kerana umat yang bersungguh-sungguh tidak mengenal apapun selain kesungguhan.
7.      Jangan kuatkan suaramu melebihi yang diperlukan pendengar, kerana hanya akan mengakibatkan pecah belah dan menyakitkan (orang lain).
8.      Jauhi menjengkel orang lain dan melukai perilaku orang, dan janganlah bercakap kecuali yang baik.
9.      Lakukanlah 'ta'aruf' (perkenalan) dengan saudara-saudara yang engkau temui meskipun, mereka tidak menuntutmu demikian. Sesungguhnya tujuan dakwah kita adalah cinta dan saling mengenal.
10.  Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Maka bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Kalau engkau punya keperluan, maka segeralah tunaikan keperluannya. []