Title



Semoga beroleh sesuatu dari Blog ini ...insyaAllah

Thursday 6 December 2012

HADITH KELEBIHAN BERSUCI


Hadith berkaitan bersuci.

Daripada  Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).
Huraian Hadith: 
1.       Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan zikrullah dan kelebihan sabar.
2.       Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti. Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.
3.       Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.
4.       Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama. Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau perbalahan.
5.       Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya sendiri.
6.       Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian, kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang yang sabar.

Tuesday 4 December 2012

JENIS=JENIS NAJIS


Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya

Pengertian Najis

Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik.
Istilah: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat.

Apa itu najis?

1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mani anjing/khinzir atau keturunannya)
2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah)
3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis. (Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).

Bahagian-bahagian Najis

A)  Najis Mukhaffafah

Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

B)  Najis Mutawassitah

Najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis mutawassitah terbahagi kepada dua:
·                     Najis ainiyyah – najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.
·                     Najis hukmiyyah – najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering.

C)  Najis Mughallazah

Najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.



D)  Najis-najis Lain

Selain daripada tiga jenis najis di atas, terdapat satu najis lagi iaitu “Najis Ma’fu” iaitu najis yang dimaafkan seperti nanah atau darah yang Cuma keluar sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sukar untuk dihindarkan.

Cara-cara Menyucikan Najis

A) Najis Mukhaffafah

     1. Basuh bahagian yang terkena najis dan kemudian lap.
     2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
     3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.

B) Najis Mutawassitah

    1. Buang najis dari tempat yang terkena kotoran.
    2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
    3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan       rasa najis tersebut.

C) Najis Mughallazah

     1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
     2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
     3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang. 

Nota tambahan: Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."




Saturday 1 December 2012

KEM PEMANTAPAN ILMU


PROGRAM KEM PEMANTAPAN ILMU
  SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG DURIAN
                                                                                      

1.0       PENGENALAN


Kem Pemantapan Ilmu sekolah kebangsaan merupakan program yang wajib dilaksanakan di peringkat sekolah seluruh negeri Kedah untuk pelajar Islam Tahun Enam sahaja. Program ini merangkumi Kem akil Baligh, Kem Pintar Jawi dan Kem Celik Aqidah. Program ini merupakan kesinambungan pelajaran Agama Islam yang dipelajari oleh pelajar Tahun Enam sebelum ini. Dengan adanya program ini, diharap dapat memantapkan lagi perlaksanaa ibadah dalam kehidupan mereka di samping melahirkan pelajar muslim yang berilmu, beriman, berakhlak mulia dan beramal soleh berpaksikan kepada Al Quran dan Al Sunnah.  


2.0        MATLAMAT


2.1       Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan Fardhu Ain dan Fardhu kifayah.
2.2       Memantapkan diri dalam mengamalkan ibadat solat dengan sempurna.
2.3       Memantapkan tulisan jawi di kalangan murid.
2.4        Menguatkan aqidah murid tentang kebesaran Ilahi.

3.0       OBJEKTIF
                     
3.1       Murid dapat mengetahui tentang kebersihan rohani dan jasmani dalam mengamalkan ibadat solat dengan sempurna dalam kehidupan harian.
3.2       Murid dapat membaca dan menguasai tulisan jawi.
3.3        Murid dapat menguatkan diri dan beriman dengan kebesaran Ilahi.








4.0       TARIKH PERLAKSANAAN       
            4.1       Berikut adalah tarikh Perlaksanaan Program Kem Pemantapan Ilmu peringkat 

                        Sekolah Kebangsaan Padang durian.

BIL

PROGRAM
TARIKH

1
Kem Akil Baligh
2 – 4 Oktober 2012

2
Kem celik Aqidah
7 – 8 Oktober 2012

3
Kem Pintar Jawi
9 – 10 Oktober 2012


5.0       TEMPAT
            Sekolah Kebangsaan Padang Durian

6.0       KUMPULAN SASARAN
            Semua murid tahun enam beragama Islam seramai 26 orang murid
                        
7.0       ANJURAN
Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling

8.0       PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH

01

Makan

RM 3 X 26 ORANG X 7 HARI

RM 546

02

Hadiah

RM 5 X 26 ORANG

RM 130

03

Fail & Fotostat

RM 2 X 26 ORANG

RM 52

JUMLAH

RM 728










 9.0       SUMBER KEWANGAN
            9.1 Sumbangan Sekolah (kegiatan Pendidikan Islam- SUWA) RM 728

 10.0     JAWATANKUASA KERJA
            Seperti lampiran

11.0     JADUAL AKTIVITI
            Seperti lampiran

12.0     PENUTUP
Semoga dengan pelaksanaan Kem Akil Baligh ini dapat memberi kefahaman serta memantapkan lagi pengetahuan pelajar tentang ibadah dalam kehidupan seharian
mereka dengan sempurna. Ini sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi zaman remaja serta menjadi muslim yang sempurna. Dengan terlaksananya kem ini, dapat meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab di kalangan pelajar untuk melaksanakan tuntutan fardhu ain serta fardhu kifayah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadap dirinya.

13.0     ULASAN GURU BESAR
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Disediakan oleh,                                                         Disahkan oleh,                                   


……………………………………...             ……………………………………..
(PN. NOOR SAFARIAH BINTI OSMAN)           (TN. HJ. IBRAHIM BIN KAMIS)
Setiausaha Kem Pemantapan Ilmu                             Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Durian,                         Sekolah Kebangsaan Padang Durian,
06750 Pendang                                                           06750 Pendang
Kedah Darul Aman.                                                    Kedah Darul Aman.



JADUAL AKTIVITI KEM AKIL BALIGH
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG DURIAN

Masa/Hari
07.45-08.15
08.15-09.15
09.15-10-15
10.15-10.45
10.45-1200
12.00-1.00
1.00-2.00
2.00-3.00
AHAD
2/10/1012
PENDAFTARAN
TAKLIMAT PEMBAHAGIAN KUMPULAN
PENERANGAN
MENGENAI RUKUN SOLAT DAN CARA WUDUK YANG SEMPURNA

R

E

H


LDK 1
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
AMALI BACAAN SOLAT
ISNIN
3/10/2012
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

LDK 2


A

LDK 3
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
AMALI BACAAN SOLAT
SELASA
4/10/2012
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

LDK 4


T

LDK 5
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
AMALI BACAAN SOLAT




               
          JADUAL AKTIVITI KEM CELIK AKIDAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG DURIAN

Masa/Hari
07.45-08.15
08.15-09.15
09.15-10-15
10.15-10.45
10.45-1200
12.00-1.00
1.00-2.00
2.00-3.00
AHAD
7/10/1012
PENDAFTARAN /TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN


LDK 1

R

E

H


LDK 1
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
KUIZ AKIDAH
ISNIN
8/10/2012

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

LDK 3

A

LDK 4
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
KUIZ AKIDAH






JADUAL AKTIVITI PROGRAM PINTAR JAWI
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG DURIAN

Masa/Hari
07.45-08.15
08.15-09.15
09.15-10-15
10.15-10.45
10.45-1200
12.00-1.00
1.00-2.00
2.00-3.00
AHAD
09/10/1012
PENDAFTARAN/ TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN


LDK 1


LDK 2

R

E

H


LDK 3
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
KUIZ JAWI




ISNIN
10/10/2012
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT


LDK 4


LDK 5

A

T


LDK 6
MAKAN DAN SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
KUIZ JAWI





 

SENARAI MURID TAHUN 6
 
1.      ABD.RAHMAN BIN YUSOF
2.      AHMAD FAIZ BIN CHE THE
3.      AHMAD SUKRY BIN AHMAD TAJUDIN
4.      INTAN NAJWA BINTI KAMALUDIN
5.      MOHAMAD AMIRUL ASYRAAF BIN ABDUL MANAB
6.      MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN NOH
7.      MUHAMMAD ALIFF AIMAN BIN MOHD AFFINDE
8.      MUHAMMAD ALIF BIN ABD RAHIM
9.      MUHAMMAD FITRI BIN AHMAD
10.  MUHAMMAD FUSTHAQIMIN BIN MOHD FISHON
11.  MUHAMMAD HAFIZZUDIN BIN AYOB
12.  MUHAMMAD HAKIMI BIN KAMARUDIN
13.  MUHAMMAD SYAHRUL FAHMI BIN DAHARI
14.  MUHAMMAD TAUFIK AL HAKIM BIN SHAMSUDIN
15.  MUHAMMAD ZAKI BIN ZAKARIA
16.  NUR AMIRATUL NAJWA BINTI MOHD ABDILLAH
17.  NUR ASMAWATI BINTI MOHD ROMLI
18.  NUR BALQIS BINTI MOHAMAD ALI
19.  NUR HIDAYAH BINTI AZIZAN
20.  NURUL FARAH BINTI RIDZUAN
21.  NURUL FARAH HANUM BINTI HASSAN
22.  NURUL NADHILAH BINTI RAMLY
23.  NURUL SAKILA BINTI MD AKHIR
24.  NURUL WAHIDA BINTI SAHIMI.
25.  RABIATUL ADAWIYAH BINTI JAMALUDIN
26.  SITI MASSITOH BINTI NORAZIZAN

GAMBAR AKTIVITI