Hadith berkaitan bersuci.
Daripada Abu Malik al-Harith bin
Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Bersuci itu separuh
daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta
alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah
cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu
sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu
(membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi
menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya
(dengan maksiat).
Huraian Hadith:
1.
Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan
sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan
zikrullah dan kelebihan sabar.
2.
Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana
sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti.
Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang
keji dan mungkar.
3.
Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.
4.
Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama.
Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau
perbalahan.
5.
Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat
kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan
tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya
sendiri.
6.
Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian,
kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita
hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan
bahawa Allah bersama orang yang sabar.
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang.
Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya
Pengertian
Najis
Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik.
Istilah: Kotoran yang menyebabkan tidak
sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat.
Apa itu najis?
1. Keluar daripada dubur atau qubul
dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mani
anjing/khinzir atau keturunannya)
2. Keluar daripada saluran lain.
(Contoh: Air liur basi dan muntah)
3. Benda-benda lain yang telah
ditetapkan hukumnya sebagai najis. (Contoh: Darah, nanah, susu daripada
binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir
dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan
dan belalang).
Bahagian-bahagian
Najis
A) Najis Mukhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing
kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum
sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung
itu hukumnya seperti yang selain dari susu).
B) Najis Mutawassitah
Najis pertengahan yakni selain daripada
najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis mutawassitah terbahagi kepada
dua:
·
Najis ainiyyah – najis yang berwujud
(tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.
·
Najis hukmiyyah – najis yang tidak
berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah
kering.
C) Najis Mughallazah
Najis berat seperti anjing dan babi
serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.
D) Najis-najis Lain
Selain daripada tiga jenis najis di
atas, terdapat satu najis lagi iaitu “Najis Ma’fu” iaitu najis yang dimaafkan
seperti nanah atau darah yang Cuma keluar sedikit, debu atau air kotor yang
memercik sedikit dan sukar untuk dihindarkan.
Cara-cara
Menyucikan Najis
A) Najis Mukhaffafah
1. Basuh
bahagian yang terkena najis dan kemudian lap.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
B) Najis
Mutawassitah
1. Buang najis dari
tempat yang terkena kotoran.
2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.
2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.
C) Najis
Mughallazah
1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang.
Nota tambahan: Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum
Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah
dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang
tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."
Fardu Ain Dan Fardu
Kifayah
a) Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah
1. Fardu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan
oleh setiap orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.
2. Fardu Kifayah ialah perkara yang wajib
dilaksanakan oleh sebahagian orang Islam untuk kepentingan umat Islam seluruhnya.
Sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota masyarakat yang melaksanakan
fardu kifayah, maka semua masyarakat tersebut akan berdosa.
3. Antara contoh perkara fardu ain ialah:
(a) menunaikan solat fardu;
(b) berpuasa pada bulan
Ramadan;
(c) berbakti kepada ibu bapa.
4. Antara contoh fardu kifayah ialah:
(a) solat berjemaah;
(b) menguruskan jenazah;
(c) menguasai ilmu teknologi maklumat, kedoktoran, kejuruteraan dan
sebagainya.
b)
Kepentingan Fardu Ain dan Fardu Kifayah
1. Kepentingan fardu ain kepada individu:
(a) melahirkan individu yang taat kepada pemerintah dan larangan
Allah SWT;
(b) melahirkan individu
yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;
(c) melahirkan individu yang bermaruah dan dipandang mulia oleh
orang lain.
2. Kepentingan fardu ain kepada masyarakat:
(a) melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam;
(b) segala perintah Allah
SWT dapat dilaksanakan dengan mudah;
(c) melahirkan masyarakat yang aman, harmoni dan diberkati Allah
SWT.
3. Kepentingan fardu ain kepada negara:
(a) melahirkan warganegara yang berbudi pekerti mulia;
(b) melahirkan umat Islam
yang hidup bersatu dan berkerjasama antara satu dengan yang lain;
(c) pembangunan negara berjalan dengan baik serta mengikut syariat
Islam.
4. Akibat mengabaikan fardu ain:
(a) jiwa tidak tenteram dan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu;
(b) mendorong seseorang
melakukan perkara-perkara yang mungkar;
(c) jauh daripada keberkatan dan keredaan Allah SWT.
5. Kepentingan fardu kifayah kepada individu:
(a) tekun dan sabar dalam menimba ilmu;
(b) melahirkan individu
yang berilmu dan beramal dengan ilmunya;
(c) mahir dan pakar dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran.
6. Kepentingan fardu kifayah kepada masyarakat:
(a) dapat memenuhi keperluan hidup masyarakat Islam;
(b) masalah sosial umat
Islam dapat diselesaikan dengan mudah berdasarkan hukum Islam;
(c) umat Islam akan bertambah maju dalam pelbagai bidang.
7. Kepentingan fardu kifayah kepada negara:
(a) negara bertambah maju dalam semua bidang kehidupan;
(b) negara dalam keadaan
aman dan makmur;
(c) negara dihormati dan menjadi contoh kepada negara Islam yang
lain.
8. Akibat mengabaikan fardu kifayah:
(a) umat Islam akan ketinggalan dalam semua bidang;
(b) hidup dalam keadaan
tersisih dan terpinggir daripada kehidupan masyarakat;
(c) hidup dalam kemiskinan dan kemunduran kerana tidak memiliki ilmu
dan kemahiran
.
1. Istinjak ialah perbuatan membersihkan qubul (kemaluan) dan dubur selepas membuang air kecil atau besar dengan menggunakan alat-alat yang tertentu.
.
Bersuci Asas
Kebersihan
Konsep Bersuci
1. Bersuci pada bahasa ialah membersihkan sesuatu
dari kekotoran. Bersuci pada
istilah pula ialah membersihkan diri, pakaian
dan tempat daripada hadas dan najis.
2. Hukum bersuci daripada hadas, najis dan
kekotoran adalah wajib dan menjadi syarat sesuatu ibadat.
3. Akibat mengabaikan kebersihan:
(a) mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit;
(b) disisihkan oleh
kawan-kawan;
(c) menjatuhkan imej umat Islam.
4. Perbezaan amalan antara orang yang pembersih
dengan orang yang pengotor:
(a) amalan orang yang pembersih:
· menjaga kebersihan makanan, pakaian dan
persekitaran;
· mengambil makanan dan minuman yang halal;
· mengamalkan akhlak yang mulia.
(b) amalan orang yang
pengotor:
· mengabaikan kebersihan diri, pakaian, makanan
dan persekitaran;
· makan dan minum daripada sumber yang haram dan
syubhah;
· mengamalkan sifat-sifat mazmumah dalam
kehidupan.
5. Hikmat bersuci:
(a) menjamin kecergasan rohani dan jasmani;
(b) kehidupan dalam
keadaan bersih dan selesa;
(c) kehidupan akan bebas daripada jangkitan penyakit.
6. Bahan-bahan untuk bersuci:
(a) air mutlak seperti air paip, air sungai, air laut, air perigi
dan air salji;
(b) debu tanah yang suci
untuk bertayamum;
(c) benda-benda keras dan kesat seperti kertas, kayu dan batu untuk
beristinjak;
(d) bahan yang dapat
menghilangkan darah dan lendiran pada kulit binatang seperti tawas, bahan kimia
dan buah manjakani untuk menyamak.
Wuduk
1. Wuduk ialah perbuatan membasuh atau menyapu
anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai
dengan niat kerana Allah SWT.
2. Hukum berwuduk adalah wajib bagi orang yang
ingin melakukan solat, tawaf, menyentuh al Quran, sujud tilawah dan
sebagainya. Tanpa Wuduk ibadat tersebut tidak sah.
3. Rukun-rukun
wuduk:
(a) niat;
(b) membasuh muka, iaitu
bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan dari anak telinga
kanan hingga ke anak telinga kiri;
(c) membasuh kedua-dua tangan iaitu bermula dari hujung jari hingga
ke siku;
(d) menyapu sebahagian
kepala;
(e) membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali;
(f) tertib, iaitu melakukan semua rukun mengikut susunannya.
4. Antara
perkara sunat ketika berwuduk:
(a) memulakan berwuduk dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
(b) mendahulukan anggota
kanan daripada yang kiri;
(c) mengulangi sebanyak tiga kali pada setiap perbuatan;
(d) berkumur-kumur.
5. Antara
perkara-perkara makruh ketika berwuduk:
(a) berbual-bual ketika berwuduk;
(b) menggunakan air secara
berlebihan;
(c) mendahulukan anggota yang kiri daripada yang kanan.
6. Antara
perkara-perkara yang membatalkan wuduk:
(a) keluar sesuatu dari qubul dan dubur;
(b) bersentuh kulit lelaki
dengan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik;
(c) menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.
7. Hikmat
berwuduk:
(a) menghapuskan dosa-dosa kecil;
(b) merupakan syarat sah
bagi sesuatu ibadat;
(c) memberi ketenangan jiwa dan perasaan.
ISTINJAK
1. Istinjak ialah perbuatan membersihkan qubul (kemaluan) dan dubur selepas membuang air kecil atau besar dengan menggunakan alat-alat yang tertentu.
2. Hukum beristinjak adalah wajib.
3. Alat-alat yang boleh digunakan untuk
beristinjak:
(a) air mutlak seperti air hujan, air laut, air sungai, air perigi,
air salji, air embun dan air mata air;
(b) benda-benda keras dan
kesat seperti batu, kertas, tisu, daun kering dan kayu.
4. Alat-alat yang haram digunakan untuk
beristinjak:
(a) kertas yang tertulis ayat al Quran atau hadis, nama-nama Allah
dan rasul;
(b) bahan makanan seperti
roti, biskut, buah-buahan dan sebagainya;
(c) benda-benda licin seperti plastik.
5. Syarat-syarat beristinjak dengan benda-benda
kesat:
(a) alat yang digunakan mestilah bersih dan kering;
(b) najis yang terdapat
pada qubul atau dubur belum kering;
(c) najis yang keluar tidak meleleh ke tempat lain seperti paha.
6. Cara beristinjak dengan menggunakan batu dan
air:
(a) sapu tempat keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu
yang mempunyai tiga bucu;
(b) kemudian basuh dengan
air mutlak sehingga bersih.
7. Cara beristinjak dengan menggunakan
benda-benda kesat ialah dengan membersihkan tempat keluar najis dengan benda
kesat seperti kertas atau kayu sehingga bersih.
8. Hikmat beristinjak:
(a) dapat melakukan ibadat dengan khusyuk;
(b) terhindar daripada
berlakunya jangkitan penyakit;
(c) dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.
Tayamum
1. Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka
dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat
tertentu berserta dengan niat.
2. Sebab-sebab
tayamum:
(a) ketiadaan air atau ada air tetapi hanya cukup untuk keperluan
makan dan minum;
(b) sakit yang
memudaratkan jika terkena air;
(c) air yang terlalu sejuk dan boleh memudaratkan diri;
(d) terkurung dan tiada
bekalan air.
3. Syarat-syarat
tayamum:
(a) masuk waktu solat;
(b) debu tanah mestilah
suci daripada najis;
(c) debu mestilah kering dan tidak bercampur Lumpur;
(d) membersihkan najis
sebelum bertayamum.
4. Rukun
tayamum:
(a) niat;
(b) menyapu muka;
(c) menyapu kedua tangan hingga ke siku;
(d) tertib.
5. Cara-cara bertayamum:
(a) tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci;
(b) kemudian sapu muka
dengan debu tadi disertai dengan niat;
(c) seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu tersebut di
tangan kanan dan kiri hingga ke siku.
6. Perkara-perkara sunat ketika bertayamum:
(a) memulakan dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
(b) mendahulukan tangan
kanan daripada tangan kiri;
(c) menipiskan debu di tapak tangan;
(d) membaca doa.
7. Perkara-perkara
yang membatalkan tayamum:
(a) semua perkara yang membatalkan wuduk;
(b) ada air sebelum solat
sekiranya bertayamum kerana ketiadaan air.
Mandi
1. Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh
badan dengan niat mengangkat hadas atau membersihkan kotoran.
2. Jenis-jenis mandi:
(a) mandi wajib, iaitu mandi yang diwajibkan dan disertai dengan
niat kerana berlaku hadas besar seperti berjunub, haid, keluar mani dan mati
kecuali mati syahid;
(b) mandi sunat, iaitu
mandi yang disunatkan dan disertai dengan niat kerana tujuan-tujuan tertentu
seperti mandi hari Jumaat dan mandi hari raya;
(c) mandi harus, iaitu mandi selain daripada mandi wajib dan mandi
sunat seperti mandi untuk kebersihan dan kesegaran badan.
3. Sebab-sebab wajib mandi:
(a) keluar air mani sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja;
(b) bersetubuh;
(c) mati yang bukan mati syahid;
(d) keluar darah haid dan
nifas.
4. Rukun mandi wajib:
(a) niat mandi wajib, iaitu ketika air mula sampai ke anggota badan;
(b) meratakan air ke
seluruh anggota badan termasuklah celah-celah jari kaki dan tangan, rambut,
kuku dan juga kemaluan.
5. Perkara-perkara sunat ketika mandi wajib:
(a) memulakan mandi dengan membaca “Bismillahirahmanirahim”;
(b) membersihkan terlebih
dahulu segala kotoran yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan;
(c) berwuduk sebelum mandi;
(d) mengosok seluruh
anggota badan.
6. Hikmat mandi wajib:
(a) membolehkan seseorang itu beribadat kepada Allah SWT;
(b) menyegarkan tubuh
badan dan mencergaskan minda;
(c) memberi keselesaan untuk berinteraksi dengan orang lain.
7. Perkara yang diharamkan ketika berhadas besar:
(a) solat wajib atau sunat;
(b) melakukan tawaf;
(c) menyentuh, membawa dan membaca al Quran;
(d) duduk dalam masjid.
Hikmat Bersuci Dalam Kehidupan Individu dan
Masyarakat
1. Hikmat bersuci kepada individu:
(a) menjamin kesihatan fizikal dan mental;
(b) menjauhkan diri
daripada penyakit;
(c) ibadat akan lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
2. Hikmat bersuci kepada masyarakat:
(a) kehidupan masyarakat dalam keadaan aman dan sejahtera;
(b) melahirkan masyarakat
yang cergas dan cerdas;
(c) dipandang mulia oleh masyarakat lain.
3. Akibat mengabaikan kebersihan diri dan alam
sekitar:
(a) individu akan mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit;
(b) kehidupan menjadi
tidak selesa;
(c) alam sekitar akan tercemar dengan sampah sarap;
(d) kualiti udara akan
tercemar dan akan menjejaskan kesihatan.
4. Langkah-langkah untuk menjaga kebersihan alam
sekitar:
(a) bergotong royong membersihkan kawasan sekitar;
(b) pemupukan nilai-nilai
murni semenjak dari kanak-kanak lagi;
(c) menyediakan tempat membuang sampah yang mencukupi;
(d) pemantauan dan
penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib.
No comments:
Post a Comment