10 NASIHAT IMAM
HASAN ALBANNA
Baca-Renungkan-Amalkan
1. Dirikanlah solat saat engkau setiapkali mendengar azan,
dalam keadaan apapun.
2. Bacalah al-Quran, mentelaah isinya, dengarkan, dan
berzikirlah kepada Allah. Jangan gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang
tidak bermanfaat.
3. Bersungguh-sungguhlah untuk berbicara bahasa Arab fusha'.
Kerana itu termasuk syiar Islam.
4. Jangan banyak berdebat dalam hal apapun, kerana bersikap
hipokrit tidak akan pernah mendatangkan kebaikan.
5. Jangan banyak tertawa, kerana hati yang maushul kepada
Allah adalah hati yang tenang dan stabil.
6. Jangan bercanda, kerana umat yang bersungguh-sungguh
tidak mengenal apapun selain kesungguhan.
7. Jangan kuatkan suaramu melebihi yang diperlukan
pendengar, kerana hanya akan mengakibatkan pecah belah dan menyakitkan (orang
lain).
8. Jauhi menjengkel orang lain dan melukai perilaku orang,
dan janganlah bercakap kecuali yang baik.
9. Lakukanlah 'ta'aruf' (perkenalan) dengan saudara-saudara
yang engkau temui meskipun, mereka tidak menuntutmu demikian. Sesungguhnya tujuan dakwah kita adalah cinta dan saling mengenal.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Maka bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Kalau engkau punya
keperluan, maka segeralah tunaikan keperluannya. []
No comments:
Post a Comment